Sekali-sekala, buat post berbentuk video pun best jugak...

Sahur adalah amalan yang utama dalam Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah miss lagi sahur. Bila kita bersahur, barulah bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi hari-hari puasa kita ni. Rasulullah pun menyuruh kita untuk bersahur.

Diriwayatkan daripada Al-Miqdam bin Ma'di : Rasulullah s.a.w. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur kerana sahur adalah makanan yang penuh berkah.
(Hadis riwayat An-Nasa'i)


Berbuka ataupun iftar tentulah sesuatu yang amat dinanti-natikan oleh orang yang berpuasa. Tapi, masalah kebanyakan orang, bila berbuka puasa tu, tak ingat dunia dah. Melantak segala macam makanan. Sampai sakit perut, lepastu, dah tak boleh nak ibadat. Haih... Kan elok kalau berbuka ikut cara Nabi Muhammad s.a.w... Makan secara sederhana dan tidak mengikut nafsu...

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan makan beberapa rutthab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada, maka dengan kurma kering, kalau tidak ada, maka dengan meneguk air beberapa teguk.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)


Berpuasa itu ibadah. Maka jadikanlah sahur dan berbuka itu ibadah yang baik. Ambil peluang untuk dapatkan pahala banyak-banyak time bersahur dan berbuka. Caranya, ikutlah apa yang dijara Rasulullah, jangan ikut apa yang nafsu nak. Barulah dapat pahala berlipat ganda...

Hidupbiarbest