Biasanya kat negara kita ni, bila tibanya bulan Ramadhan, orang Islam memang bersemangat. Sangat bersemangat... Malam pertama terawih memang penuh masjid dan surau. Macam solat Jumaat. Tapi senario macam tu kita boleh tengok dalam minggu pertama je la. Makin lama makin kurang la manusia. Entahlah kenapa. Ada jawapan ?
Mungkin mereka-mereka ni dah penat buat terawih kot, atau dah muak, atau terlalu sibuk, atau 'ter'lupa, atau mereka anggap terawih ni untuk awal bulan Ramadhan je. Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi setakat ni, dekat masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam masih ramai lagi la manusia yang masih setia dan bersemangat nak menunaikan solat terawih. Bolehlaaaa... Takde la ketara sangat kurangnya...
Tapi kan, sepatutnya, makin hari sepatutnya makin bertambahlah jemaah kat masjid dan surau, bukan makin berkurang. Semakin nak habis Ramadhan, sepatutnya kita makin berlumba-lumba nak beribadah sementara Ramadhan masih ada. Bahkan, Rasulullah juga menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadhan, 10 malam terakhir ni jugak lah yang manusia sibuk nak buat kuih raya, masjid makin sepi, manusia sibuk shopping, nak hias rumah dan sebagainya.
Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya
Rasulullah saw. telah bersabda : Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada
sepuluh malam terakhir.
(H.R : Muslim )
Rasulullah juga telah memperbanyakkan amalan baginda pada 10 malam terakhir Ramadhan. Baginda telah beriktikaf sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan. Sepatutnya, kita haruslah mencontohi baginda. Semarakkan hari-hari terakhir Ramadhan seolah-olah kita tidak mahu meninggalkannya.
Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah
Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan
Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla.
( H.R : Al-Bukhary
dan Muslim )
Mari kita buat satu perumpamaan. Anda pernah melihat atau menonton acara lari berganti-ganti? Strategi yang selalu digunakan ialah pelari terakhir mestilah orang yang paling kuat dan laju lariannya supaya dapat memecut orang yang berada di hadapan. Jika orang yang lari laju diletakkan sebagai pelari pertama, maka pelari seterusnya mungkin mudah untuk dipecut semula oleh lawan dan akhirnya tewas.
Begitu jugalah Ramadhan ini. Sepatutnya kita lebih banyak beramal dan beribadah di malam 10 terakhir Ramadhan. InsyaAllah beroleh kejayaan. Kalau setakat awal-awal je bersemangat, lepas tu hampeh, maka bolehkah kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa? Kalau mula-mula je bersemangat, lepas tu hampeh, ada peluang ke nak jumpa Lailatul Qadar? Sama ada Lailatul Qadar sudah lepas ataupun belum, hanya Allah yang tahu. Kita hanya mencari. Kalau Allah kata kita tak jumpa Lailatul Qadar tahun ni, tak apelah, kita cari lagi tahun depan.
Jadi, jomlah kita kekalkan semangat kita untuk terus beribadah dan beramal di hari-hari terakhir Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Kita ibarat sedang di atas trek Ramadhan. Pada saat entri ini dipublishkan, kita umpama sudah hampir ke garisan penamat. Apa yang perlu kita lakukan... Kita kena pecut sehabis baik, selaju mana yang kita mampu agar kita mencapai kemenangan. InsyaAllah, jika kita berjaya mencapai kemenangan dalam larian ini, kita akan menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah : 183)
(Surah Al-Baqarah : 183)
Jom kita pecut Ramadhan. Kemenangan sedang menunggu di hadapan.
Hidupbiarbest
0 orang dah komen:
Post a Comment