ramadhan, zone, puasa, fasting, signboard

Hari ni dah start puasa Ramadhan.. Pagi tadi bangun sahur saya ngantuk sangat.. Maklumlah first time nak puasa.. Umur saya pun baru 5 yahun.. hehe.. Pastu kan, ramai orang yang bagi nasihat dan pesanan kat saya.. Ummi, papa, pakcik, cikgu, ustaz, kakak, kawan, ibu, abah... mereka semua pesan macam-macam kat saya... 

1. Abah cakap, kita kena bangun makan sahur setiap hari. Kalau ngantuk sangat pun kena bangun jugak. Kalau tak ada selera atau tak sempat nak makan, minum air sikit pun jadilah.. Sebab abah kita cakap, Rasulullah ada bersabda bahawa di dalam sahur tu terdapat keberkatan. Saya nak hidup saya diberkati Allah sepanjang masa..

sunnah, ramadhan, puasa, sahur, makan, kurma, keberkatan

2. Ibu pulak pesan, berbuka jangan dilambat-lambatkan.. Dengar azan maghrib, terus berbuka. Lepastu, kita mestilah mulakan dengan makan kurma (kalau adelah).. Sebab Nabi kita kan akan berbuka puasa dengan ruttab (kurma basah), kalau tak ade baginda akan makan kurma kering, jika tak ada jugak barulah baginda akan minum seteguk air..

berbuka, puasa, ramadhan, kurma, segera, ruttab

3. Kawan saya pesan, rajin-rajinlah belanja orang lain berbuka puasa kalau ada duit lebih.. Belanja kurma dua tiga biji pun jadilah.. Diorang kata diorang ada terbaca hadis Nabi yang maksudnya kalau kita memberi makan orang berpuasa, kita akan mendapat pahala sama macam orang yang berpuasa tu, tak kurang sikit pun..

4. Nenek saya bagi tahu, bulan puasa ni kita kena jaga mulut.. Jangan kita sebut benda yang tak elok atau buat perkara tak elok seperti mengumpat, mengutuk orang, mencaci maki, mencarut.. Sebab benda tu semua boleh mengurangkan pahala puasa kita, nanti puasa kita jadi sia-sia je..

5. Atuk saya pesan, solat terawih janganlah tinggal. Walaupun terawih tu sunat je, tapi kita kena usaha buat walaupun kat rumah, sebab bulan Ramadhan je ada terawih, bulan lain tak ada.. Ni la peluang kita nak banyakkan ibadat kita.. Nak buat 8 rakaat ke, 20 rakaat ke, itu terpulang lah pada kemampuan masing-masing.. Tak payah gaduh-gaduh pasal bilangan rakaat, buang masa je..

ramadhan, puasa, sunnah, terawih, solat, sunat, hidup

6. Ustaz cakap, di bulan Ramadhan ni, ambil lah kesempatan untuk tweet atau post benda-benda baik kat fb dan twitter.. Ustaz tak larang kita main fb atau twitter di bulan puasa ni, tapi ustaz kata, ambil lah kesempatan untuk buat pahala.. Tweet "Jom pi terawih" yang simple tu pun boleh dapat pahala.. Tapi yang penting, ustaz cakap, kalau nak sebarkan hadi tentang Ramadhan tak ape, dialu-alukan, tapi janganlah sebarkan hadis yang palsu.. Kalau nak sebar hadis, siasat dulu status hadis tu..

7. Kakak cakap, di bulan puasa ni kita kena banyakkan sedekah, bantu orang miskin, anak yatim.. Akak suruh simpan duit jangan bazir beli makanan banyak-banyak kat bazar Ramadhan, duit lebih yang ada boleh sedekah kat orang yang memerlukan. Rezeki Allah itu kan kita kena kongsi bersama..

ramadhan, sedekah, puasa, sunnah, rezeki

8. Abang pulak pesan, bulan puasa ni lah kita boleh melatih diri uantuk mengawal nafsu.. Kawal nafsu makan, nafsu nak buat perkara lagha, nafsu nak buat maksiat... Sebab Allah kan berfirman bahawa tujuan kita Dia suruh kita berpuasa agar kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.. Saya nak jadi orang bertaqwa..

9. Ustazah kat sekolah pesan, kita kena banyakkan ibadah terutamanya baca Quran, berzikir dan berselawat memuji Nabi. Kalau baca Al-Quran tu, jangan nak kejar khatam dalam masa sebulan je, tapi kita tak faham apa yang kita dah khatam. Ustazah kata, lebih baik kita baca sikit-sikit, lepas tu kita tengok tafsir, barulah kita faham apa yang kita baca seterusnya kita boleh menghayati dan amalkan apa yang terkandung di dalam Kitab Alah ni..

10. Sepupu saya ada cakap, pastikan kita cuba untuk bangun qiamullail.. Kalau nak mudah bangun awal masa sahur, sebelum makan, kita boleh buat solat sunat tahajjud, paling kurang solat 2 rakaat pun jadilah sebab saya kan budak kecik lagi.. Terutamanya sepuluh malam terakhir, kena perbanyakkan lagi ibadah malam, mana tahu Allah bagi peluang bertemu dengan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Fuyoooo, bestnye kan kalau saya bertemu dengan Lailatul Qadr..

11. Akhir sekali, mak cik Azizah jirang sebelah rumah pesan, yang paling penting sekali, semua ibadat yang kita lakukan di bulan puasa ni biarlah berterusan ke bulan-bulan yang lain juga. Biar kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan sebab Allah suka hamba yang istiqamah. Ibadat kita bukannya bermusim, kita kena beribadat sepanjang masa, baru Allah sayang.. Bulan puasa ni sebagai bulan untuk kita training dan bulan lain adalah masa untuk praktikkan apa yang kita dah training tu.. Kita kan nak jadi hambaNya yang hebat..

Inilah sedikit sebanyak pesan yang saya dapat dari mereka semua. Walaupun pesanan ni semua untuk saya, sekarang saya nak forwardkan pulak semua pesanan kat kawan-kawan semua.. Biar kita dapat pahala sama-sama, tak nak lah dapat pahal sorang-sorang je, tak best la kalau macam tu..

Saya harap, Ramadhan tahun menjadi Ramadhan yang terbaik dan terindah bagi saya. Dan saya juga berharap, Allah akan terima semua ibadat saya di bulan mulia ini. Dan saya juga berharap agar Allah panjangkan umur saya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. Amiinnn...

hidupbiarbest